Kedudukan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel sebagai menteri Kabinet akan diputuskan tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap tentang krisis dalaman parti itu, Najib berkata MIC harus menyelesaikan isu itu dengan ahli dan pimpinan parti itu sendiri.‎

"‎‎Soal MIC kita tidak ada pilihan, keputusan yang disahkan mahkamah‎ akan saya terima.‎

BACA: Najib 'nasihatkan' Palanivel patuh arahan RoS - Sumber

"Kedudukan Datuk Seri G.Palanivel sebagai menteri juga akan ditentukan sedikit masa lagi‎. Sekarang saya mahu MIC tentukan kepimpinan mereka‎ sendiri," ujarnya.

Pada Khamis,‎ Palanivel berkata dia merupakan presiden parti itu walaupun terdapat ura-ura bahawa Pertubuhan Pendaftaran (RoS) sudah mengeluarkan surat yang menyatakan Palanivel telah kehilangan keahliannya.

BACA: Krisis MIC: RoS sahkan Palanivel bukan lagi ahli MIC - Subramaniam

"Saya ada mendengar ura-ura itu, tetapi saya tidak mendapat sebarang surat," katanya lagi.

Palanivel pada Jumaat bertegas bahawa beliau masih Presiden MIC, selain berkata surat Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menyatakan beliau bukan lagi anggota parti telah dipetik di luar konteks.

BACA: Palanivel dakwa surat RoS dipetik di luar konteks

Krisis MIC tercetus ekoran perbezaan pendapat di antara Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam susulan notis dikeluarkan RoS pada 5 Disember yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baharu untuk jawatan tiga naib presiden dan 23 CWC.